fbpx

Terbuka Denmark: Kian Meng-Pei Jing kempunan ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIAN MENG-PEI JING terus kempunan untuk melangkah ke suku akhir selepas tersingkir di pusingan kedua Terbuka Denmark. - AFP

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terlepas peluang meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark apabila tersingkir di pusingan kedua sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena, Odense, beregu No.17 dunia itu akur dengan kekalahan 21-16, 18-21, 16-21 kepada pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun.

Meskipun bermula garang menerusi kemenangan di set pertama, namun Kian Meng-Pei Jing gagal menghalang kemaraan beregu Korea itu apabila ‘tumbang’ dalam dua set berikutnya.

Keputusan itu turut menyaksikan mereka gagal melebarkan rekod kepada empat kemenangan ke atas beregu No.6 dunia berkenaan dalam enam pertemuan dengan aksi terakhir pada Terbuka Indonesia Jun lalu memihak kepada Kian Meng-Pei Jing.

Sebagai rekod, ini merupakan kali kelima berturut-turut Kian Meng-Pei Jing gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir dengan kali terakhir mereka melakukannya pada Terbuka Jepun Ogos lalu.

Selepas meneruskan kemaraan ke suku akhir, Won Ho-Na Eun akan menantikan pemenang perlawanan antara beregu Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang dan wakil tuan rumah, Mathias Thyrri-Mai Surrow. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI