fbpx

Status MALBATT 850-11 di Lebanon bergantung kepada UNIFIL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Keputusan pengunduran Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di selatan Lebanon bergantung kepada keputusan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).

Selain itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia juga perlu mendapat persetujuan bersama 50 negara yang terlibat selain Malaysia.

“Untuk makluman, tentera Indonesia pun ada yang cedera disebabkan serang Israel. Menteri Luar Indonesia ada buat kenyataan pada 14 September bahawa mereka akan terus bersama menjayakan pasukan pengaman di bawah UNIFIL.

“Walaupun cedera, keputusan utama bukan untuk menarik diri,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) apakah Malaysia bersedia melakukan evakuasi jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan supaya pasukan pengaman UNIFIL perlu meninggalkan Lebanon.

Ikmal Hisham turut bertanya sama ada dewan bedah dan pegawai perubatan pakar disediakan oleh UNIFIL bagi persediaan sebarang kecemasan.

“Dalam soal menyediakan dewan bedah dan sebagainya, maka itu diambil tanggungjawab dan disediakan sendiri oleh UNIFIL serta ia terletak kira-kira satu jam daripada kem kita.

“Manakala di kem kita sendiri, kita ada kemudahan asas untuk merawat peringkat dua dan pada masa sama, kita telah mewujudkan kerjasama dengan hospital tempatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI