fbpx

Saya tak tahu dan tak ambil tahu – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA enggan ambil tahu apa berlaku terhadap bekas suaminya, Aliff Aziz yang menghadiri prosiding kes khalwat bersama Ruhainies di mahkamah pagi ini.

KUALA LUMPUR – “Saya tak tahu dan tak ambil tahu.”

Demikian respons penyanyi sensasi Bella Astillah mengenai sebutan kes khalwat bekas suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang berlangsung hari ini.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dia enggan ambil peduli tentang individu yang sudah tiada kena mengena dengan kehidupannya.

“Dia (Aliff) sudah tak ada apa-apa ikatan dan hubungan dengan saya.

“Jadi apa sahaja yang dia nak lakukan, nak pergi ke mahkamah atau tidak pergi, dipanggil atau tidak saya pun tak tahu dan tak ambil tahu.

“Kami sekarang ini sedang menjalani kehidupan masing-masing,” katanya sewaktu ditemui pada tayangan perdana filem dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years, di sini, semalam.

Tambah penyanyi yang baru sahaja melancarkan single Tapi Bukan Denganmu itu lagi, dia mahu mencontohi sehabat baiknya iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana yang bahagia meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

“Saya nak jadi macam Puteri Sarah. Tak perlu nak menangis-nangis dah,” ujarnya.

Terdahulu Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang pada 20 Jun lalu.

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.

Nama Ruhanies menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI