fbpx

Remaja perempuan rentung ditemui dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemui meninggal dunia dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Saujana Impian.

KAJANG – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat di Saujana Impian, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.20 petang.

Katanya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Bangi dan BBP Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat yang musnah 60 peratus akibat dijilat api. Mangsa dijumpai dengan kesan terbakar di dalam bilik tingkat atas,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sewaktu kejadian remaja tersebut dipercayai bersendirian di rumah.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan di lokasi dan api telah padam sepenuhnya 10 minit kemudian. Unit anjing pengesan (K9) JBPM turut berada di lokasi,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI