fbpx

Remaja maut motosikal rempuh besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal mangsa di tempat kejadian.

SERIAN – Seorang remaja meninggal dunia selepas motosikal yang dia tunggang hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan di kilometer 87, Jalan Kuching/Sri Aman.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Neil Baginda berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 11.50 malam tadi, ketika mangsa Michael Kempen Jamba, 19, sedang menghala ke arah Sri Aman.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang oleh mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri lalu melanggar besi penghadang jalan manakala mangsa terjatuh di atas jalan.

“Akibat itu, mangsa mengalami kecederaan parah di sebelah kanan kepala dan patah tangan kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan oleh paramedik dari Pusat Kesihatan Balai Ringin.

Neil berkata mayat mangsa telah dibawa ke rumah mayat Hospital Serian untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI