fbpx

Penunggang basikal elektrik maut dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang basikal elektrik maut selepas dilanggar dalam nahas dua buah kenderaan di KM 5, Jalan Bahau Kemayan, di sini, petang semalam.

JEMPOL – Seorang penunggang basikal elektrik maut selepas dilanggar dalam nahas dua buah kenderaan di KM 5, Jalan Bahau Kemayan, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah basikal elektrik jenis lem e-bike.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku semasa kereta yang dipandu oleh seorang perempuan berusia 55 tahun dalam perjalanan dari Bahau menghala pulang ke rumah di Ladang Gaddes seorang diri.

“Setiba di lokasi kejadian, semasa kereta hendak bergerak lurus di laluannya, tiba-tiba datang sebuah basikal elektrik yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 85 tahun dari arah kiri di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahau 2 hendak melintas jalan ke kanan.

“Penunggang basikal elektrik mahu ke Taman SriMahsan lalu berlaku pelanggaran di bahagian sisi kanan basikal tersebut di laluan utama kereta yang sah.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang basikal elektrik telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan muka,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahayakan.

Sehubungan itu, polis meminta agar saksi kejadian berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Inspektor Yasmin Beevee Mohamed Ali di talian 012-9434222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI