fbpx

Pasukan Malbatt 850-11 boleh balas serangan untuk pertahankan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled ketika di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 yang berpengkalan di Tibnin dan Marakah di Lebanon boleh membalas serangan tentera Israel dengan tujuan mempertahankan diri.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, ia berbeza dengan serangan ofensif, yang secara jelas tidak dibenarkan.

Beliau berkata, ia bertepatan dengan peranan dan tanggungjawab pasukan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) sebagai pengaman selain bertepatan dengan garis panduan yang ditetapkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kalau serang ‘self defence’ (mempertahankan diri), memang boleh kita membalas tembakan dan sebagainya.

“Namun, untuk kita lakukan ‘offensive attack’ (serangan ofensif), maka itu tidak dibenarkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) berhubung serangan balas yang boleh dilakukan pasukan Malbatt 850-11 jika diserang tentera Israel seperti yang berlaku ke atas tentera Sri Lanka dan Indonesia beberapa hari lalu.

Terdahulu media melaporkan, dua anggota pengaman Indonesia, UNIFIL cedera dalam serangan di selatan Lubnan, baru-baru ini.

Menteri Luar, Retno Marsudi mengesahkan kedua-dua anggota itu mengalami cedera ringan akibat tembakan kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika mereka sedang memantau dari menara pengawal di pangkalan kontingen Indonesia di Naqoura.

Ia disusuli dengan serangan kedua Israel ke atas ibu pejabat UNIFIL menyebabkan dua anggota pengaman Sri Lanka cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI