fbpx

Nurul Aliya pulang ke pangkuan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Aliya dilaporkan hilang sebelum ini, telah pulang ke pangkuan keluarganya di Taman Temerloh Jaya.

TEMERLOH – Gadis yang hilang ketika keluar rumah membuang sampah kini telah kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat di Taman Temerloh Jaya di sini semalam

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan mengesahkan gadis tersebut pulang ke rumahnya kira-kira pukul 3 pagi semalam setelah keluar meninggalkan keluarganya pada 6 Oktober lalu.

“Kehilangan Nurul Aliya Zulkifli yang berusia 20 tahun menimbulkan tanda tanya kerana gadis berkenaan hilang dalam sekelip mata daripada pandangan keluarganya

“Nurul Aliya dilaporkan melarikan diri ke Kuala Lumpur dan kemudian balik sendiri ke pangkuan keluarganya. Kes Orang Hilang melibatkan gadis berkenaan kini sudah selesa seperti mana yang dilaporkan sebelum ini,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas dilaporkan kehilangan oleh bapanya, polis terus berusaha mencari di samping meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan gadis berkenaan.

“Nurul Aliya yang dilaporkan hilang selepas keluar membuang sampah kira-kira lima meter di depan rumah pada hari kejadian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI