fbpx

MotoGP: Marquez semakin matang di litar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ yang terkenal sebagai pelumba yang agresif kini menjadi semakin matang, namun dia masih lagi seorang pelumba kompetitif. - AFP

MADRID – Bekas juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo mengakui bahawa sejak kemunculan Marc Marquez dalam saingan MotoGP pada 2013, dia sukar menerima gaya perlumbaan agresif Marquez yang mencabar ramai pelumba ketika itu.

Lorenzo yang pernah bertarung sengit dengan Marquez menyatakan bahawa pada awalnya, Marquez sering berlumba secara berbahaya yang menyebabkan ketidakpuasan hati, namun dia percaya situasi tersebut kini telah berubah.

“Tahun 2013, saya tak boleh terima cara perlumbaannya. Dia terlalu agresif. Sekarang, Marquez lebih matang dan lebih menghormati pesaingnya, walaupun masih kompetitif,” ujar Lorenzo.

Tahun depan, Ducati dijangka menampilkan gandingan pasukan paling kuat dalam sejarah mereka apabila Marquez akan berganding dengan juara dunia Francesco Bagnaia dan Lorenzo menjangkakan peluang kedua-dua bintang itu sama rata.

“Saya percaya mereka akan memulakan musim dengan peluang yang seimbang. Marquez masih merupakan pelumba luar biasa, walaupun dengan nasib malang kecederaan yang dialaminya.

“Jika tidak kerana kecederaan itu, dia mungkin memenangi lebih banyak gelaran dunia,” tambah Lorenzo.

Biarpun kini telah bersara, Lorenzo tetap yakin bahawa persaingan antara Marquez dan Bagnaia pada 2025 akan menjadi pertempuran yang menarik untuk disaksikan dengan kedua-duanya memiliki kelebihan unik dan pengalaman yang hebat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI