fbpx

‘Malunya Elisya Sandha, nak review ketiak atau lipstik?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELISYA teruk dikecam kerana mempromosikan produk jenama kecantikan yang diboikot dan menayang ketiaknya.

PETALING JAYA – Pelakon jelita Elisya Sandha sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi video mempromosikan produk kecantikan jenama antarabangsa.

Namun apa yang rancak diperkatakan adalah mengenai ketiak adik kepada aktres Fasha Sandha itu selain dikecam kerana mempromosikan jenama dalam senarai boikot.

Menerusi video itu, Elisya, 25, yang juga menantu kepada Sheila Rusly dilihat menayang ketiak sebelum sebelum mengoles gincu di bibirnya.

“Dia nak ‘review’ ketiak atau lipstik? Keliru sekejap,” tulis  seorang netizen.

“Malunya. Saudara kita tengah berperang, dia masih promosi produk yang diboikot,” tulis seorang lagi netizen.

“Dekat Gaza orang kena bakar hidup-hidup tau. Sampainya hati masih promosi jenama yang ada kaitan dengan Israel,” tambah seorang lagi netizen yang kesal dengan tindakan Elisya.

Ada juga pengguna laman sosial berpendapat Elisya terlalu mencuba untuk kelihatan seksi sejak berkahwin dan bergelar ibu.

“Lepas kahwin nampak sangat ‘try hard’ nak jadi seksi. Dah jadi mak budak pun. Sedarlah diri sikit,” komen netizen.

Namun disebalik kecaman yang diterima, ada juga netizen yang terpegun melihat ketiak Elisya dan meminta tip daripadanya bagaimana mahu memiliki ketiak yang mulus.

Baru-baru ini Zionis terus mengganas dengan menyerang penempatan rakyat Gaza dan membakar mangsa hidup-hidup.

Kejadian tersebut mengundang amarah masyarakat seluruh dunia terutamanya umat Islam yang mengutuk kekejaman dilakukan tentera Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI