RIAK wajah kanak-kanak itu tampak fokus saat tangannya melipat kertas bersaiz A4. Lipatan demi lipatan dilakukan dengan teliti kerana setiap sudut dan bentuk mempengaruhi jarak penerbangan kertasnya nanti. Setelah puas dengan bentuk kapal terbangnya, Izzul Iman Azhar berdiri di hadapan landasan penerbangan. Kapal terbang kertas di tangan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dilontar ke hadapan dengan gaya seakan-akan melontar lembing. Siapa sangka, salah satu daripada dua lontaran pelajar darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Kuang, Gombak, Selangor itu mencecah 17.9 meter…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya