fbpx

Mahu bebas punca utama budak, remaja hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR – Hendak cari kebebasan dikenal pasti menjadi punca utama berlakunya kes kanak-kanak dan remaja hilang dalam negara yang pernah dilaporkan sejak tahun 2020.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia disusuli dengan punca mengikut teman dikenali, mengikut kekasih dan seterusnya akibat salah faham dengan keluarga.
Menurut beliau, sebanyak 3,847 kęs kanak-kanak dan remaja hilang direkodkan sejak tahun 2020 hingga September lalu.
“Puratanya 770 kes setahun, kurang lebih 2 kes sehari. Menariknya, daripada 3,847 kes hilang ini bagi umur 18 ke bawah, yang berjaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jumpa semula adalah 96 peratus.
“Maknanya bagi setiap 100 hilang, 96 kita selamatkan dan yang meninggal dunia atau apabila jumpa mati, adalah 10. Jadi yang baki itu masih kita klasifikasikan sebagai masih hilang,” katanya ketika menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) pada sesi Pertanyaan Menteri pada Sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Jelas Saifuddin, bagi kategori umur kanak-kanak dan remaja yang hilang pula, umur 13 hingga15 tahun paling tinggi dicatatkan iaitu sebanyak 54 peratus.
“Umur 16 hingga 18 tahun direkodkan sebanyak 37 peratus. Paling ramai hilang adalah kanak-kanak dan remaja perempuan iaitu 74 peratus, manakala lelaki, 26 peratus,” ujarnya.
Beliau berkata, Nur Alert turut digunakan dengan memasukkan kes ke dalam portal kanak-kanak hilang setelah meminta izin ibu bapa atau penjaga kanak-kanak untuk diperluaskan pencarian.
“Bila kita jumpa, barulah kita profil kanak-kanak ini dan keluarganya. Selepas insiden kita temui, biasanya kita berikan sokongan terutama dari segi moral dan psikologi kepada keluarga yang terlibat
“Syor saya ialah berlaku sahaja insiden ini, jangan tunggu melepasi 24 jam sebab ini melibatkan kanak-kanak. Lapor segera,” tegasnya.
Tambah beliau, pelbagai usaha juga telah dibuat bagi mengekang kes seumpamanya antaranya kempen-kempen kesedaran.
“Maklumat kategori umur yang diperoleh sebelumnya, memudahkan tumpuan ke atas program kesedaran dibuat termasuk kempen kesedaran kepada wanita dan kanak-kanak.
“Tahun ini sahaja kita buat 457 program kesedaran membabitkan 141,000 kanak-kanak. Kalau sudah berlaku insiden hilang, kita segera aktifkan. Paling penting dan utama, hebahkan seluas mungkin. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI