fbpx

Kerajaan Persekutuan pertimbang bina R&R di LTU – MB Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (tengah) ketika menghadiri Majlis Perasmian Sidang Penternak, Penyerahan Insentif Wagyu dan Insentif Penternakan Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini.

RAUB – Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan semula pembinaan hentian Rehat dan Rawat (R&R) di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hasil perjumpaan serta perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim memperlihatkan perkembangan positif berkaitan pembinaan infrastruktur berkenaan.

“Perkembangan (pembinaan R&R) nampak positif kerana mana mungkin jajaran hampir 300 kilometer tidak ada R&R.

“Cadangan tapak semua kita sudah ada termasuk lokasi, jika dapat duit nanti kita akan mulakan,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Perasmian Sidang Penternak, Penyerahan Insentif Wagyu dan Insentif Penternakan Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pahang telah membuat permohonan R&R dapat dibina di LTU (dalam daerah Bentong) bagi memberi kemudahan kepada pengguna.

Bagaimanapun, R&R tersebut tidak diteruskan dengan alasan kos pembinaan mencecah dua kali ganda daripada kos asal walaupun ia berada dalam skop projek dan hanya penyediaan platform serta infrastruktur sahaja yang dilaksanakan.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertitah agar Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi mempertimbangkan semula pembinaan R&R terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI