fbpx

Kedai makan, medan selera jadi hot spot baharu aktiviti persundalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha.

KUALA LUMPUR – Kedai makan dan medan selera di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Loke Yew dikenal pasti menjadi hot spot terbaharu aktiviti persundalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, modus sindiket ini bertambah kreatif dengan menjadikan premis-premis ini sebagai lokasi bagi mengiklankan perkhidmatan persundalan mereka.

“Malahan, memasuki era pasca-normal, cabaran KL Strike Force adalah membanteras kegiatan persundalan yang sudah mula berpindah daripada premis konvensional kepada platform digital.

“Apabila rumah inap, hotel, dan kediaman peribadi turut dijadikan sarang aktiviti ini. Kerajaan menyeru supaya komuniti setempat menjadi ‘mata-mata’ dan melaporkan aktiviti seumpama ini kepada Adu@KL 2.0 atau mana-mana saluran aduan agensi yang menjadi ahli KL Strike Force semudah dengan menggunakan hashtag #KLStrikeForce di hantaran sosial media,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang bertanya mengapa aktiviti persundalan, pergaduhan warga asing tanpa permit, dan kebanjiran penjaja warga asing di Kuala Lumpur masih tidak berkurangan walaupun KL Strike Force telah diaktifkan.

Dr Zaliha menegaskan, adalah tidak tepat untuk mengatakan tiada pengurangan ke atas kes persundalan di Kuala Lumpur kerana data tahun 2023 menunjukkan hanya 159 serbuan dan 540 tangkapan sahaja berbanding suku ke-3
tahun ini.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguatkuasaan telah menyerbu sebanyak 209 buah premis yang menawarkan perkhidmatan persundalan.

“Statistik serbuan bermula dari 27 Mei sehingga 30 September 2024 menunjukkan seramai 781 orang ditangkap, terdiri daripada 149 orang warga tempatan, diikuti 632 orang warga asing berusia lingkungan usia 18 hingga 61 tahun,” ujarnya.

Tegas beliau, tiada tindakan pilih kasih, sama ada penawaran persundalan golongan elit mahupun golongan bawahan, akan diambil tindakan yang sama.

“Tindakan pembanterasan giat dijalankan bagi menyekat aktiviti persundalan terutama di kawasan yang dikenal pasti berpotensi dalam menawarkan aktiviti ini.

Selain itu beliau yang juga Penasihat KL Strike Force berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mengetuai Operasi Bersepadu melalui inisiatif Smart Partnership antara agensi-agensi kerajaan ke atas premis perniagaan warga asing.

“Sehingga September 2024, sebanyak empat siri Operasi Bersepadu dilaksanakan. Sebanyak 11 premis perniagaan dipantau dan daripada jumlah itu, empat premis ditutup serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 ekoran dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing.

“Sebanyak lapan siri tindakan khas ke aras premis-premis perniagaan pleh warga asing pula telah dilaksanakan. 59 premis perniagaan dipantau dan daripada jumlah itu, 15 premis ditutup serta-merta, 53 notis kesalahan dikeluarkan, 22 disita dan 22 kertas siasatan dibuka.

Seterusnya kata beliau, tindakan khas penjaja warga asing dilakukan dengan sebanyak 21 siri tindakan khas dilaksanakan sehingga September 2024, sebanyak 2,261 kes sitaan terhadap penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI