fbpx

Peruntukan wang tidak patuh syariah bina kabin guru KAFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Ghani (kanan) meninjau Projek Kabin Guru Kafa di SK Pokok Sena di Pokok Sena, hari ini.

POKOK SENA – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) berusaha membela nasib guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini termasuk memastikan mereka mempunyai tempat mengajar yang selesa di sekolah.

Setiausahanya, Datuk Dr Abd Ghani Zainuddin berkata, sehubungan dengan itu Baitulmal merintis projek Kabin Guru KAFA di Kedah sejak 2022.

“Sehingga kini Baitumal Kedah menyediakan 11 kabin KAFA dengan peruntukan RM244,035. Kita mendengar banyak guru KAFA ini tidak mempunyai bilik guru sendiri, malah ada yang menggunakan setor dan terpaksa duduk di tempat yang terhad,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Penyerahan Projek Kabin Guru KAFA di Sekolah Kebangsaan (SK) Pokok Sena, di sini hari ini.

Beliau menambah, inisiatif menyediakan kabin guru KAFA berkenaan dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan wang tidak patuh syariah ini.

Abd Ghani berkata, projek tersebut bermula pada 2022 di SK Belukar di daerah Padang Terap dan diteruskan di SK Sri Gunung, SK Telok Kechai, SK Kurong hitam dan terbaru, iaitu SK Pokok Sena. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI