fbpx

JIM Pulau Pinang serbu tempat kerja warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 15 warga asing yang diberkas dalam serbuan dijakankan JIM Pulau Pinang, semalam.

SEBERANG PERAI – Seramai 15 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang di beberapa lokasi tumpuan kehadiran kumpulan terbabit termasuk di premis perniagaan sekitar negeri ini, semalam.

Menerusi kenyataan JIM Pulau Pinang, seramai 37 warga asing telah diperiksa di 18 lokasi sekitar Bayan Lepas, Komtar, Perai dan Seberang Jaya.

Menurutnya, operasi yang dijalankan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang itu telah menahan seramai 15 warga asing terdiri lelaki dan wanita.

“Mereka berumur antara 25 hingga 45 tahun itu terdiri daripada 13 lelaki dan dua wanita warga Bangladesh, Indonesia, India, Thailand serta Pakistan.

Antara 15 warga asing yang diberkas dalam serbuan dijakankan JIM Pulau Pinang, semalam.

“Ketika pemeriksaan dilakukan mereka disyaki sedang melakukan pekerjaan di premis seperti stesen minyak, kedai makan, kedai pakaian, kedai gunting rambut dan pondok pengawal,” katanya di sini.

Beritahu kenyataan itu lagi, kesemua warga asing terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai enam artis budaya warga China dan Singapura diberkas ketika sedang mengadakan persembahan di pentas opera di sebuah rumah ibadat di Butterworth di sini, pada 10 Oktober lalu.

Mereka dikatakan memasuki ke negara ini sebagai pelancong dan telah mempromosikan aktiviti di laman media sosial dengan menjalankan aktiviti persembahan opera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI