fbpx

Jaga didakwa curi 20 tin sardin, Power Cat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan mencuri pelbagai barangan di pasaraya di Seremban 2, Ahad lalu.

SEREMBAN – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri pelbagai barangan di pasar raya di Seremban 2, Ahad lalu.

Tertuduh, Abdul Wafiy Manap, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah serta mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan mencuri harta iaitu 20 tin sardin Ayam Brand 425g, dua unit Nivea Men Deo Roll 50ml., satu robot Garbage Bag Roll, tiga pek Whiskas Tasty Mix 70g, satu Dashing Bad Boys Edt 100ml dan satu pek Power Cat Fresh Ocean Tuna dengan anggaran jumlah keseluruhan sebanyak RM270.79 milik sebuah pasar raya.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3.08 petang di pasar raya Seremban 2, pada 13 Oktober lalu.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), R. Kanapathy dalam rayuannya memohon jaminan munasabah kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Majistret kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 19 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI