fbpx

‘Ingat ini majlis konvokesyen ke dapat bunga?’ – Netizen tempelak Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Ruhainies yang menerima jambangan bunga sejurus pulang dari mahkamah mencuri perhatian netizen.

PETALING JAYA – Usai pulang dari mahkamah bagi sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies menerima sejambak bunga.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Iluas, 32, berkongsi foto menerima sejambak bunga dari seseorang selepas pulang dari mahkamah hari ini.

Come home to this“, tulisnya dalam hantaran tersebut sambil memegang sejambak bunga.

Foto tersebut lantas mendapat pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya bertindak menyindir pelakon drama bersiri Terjerat itu.

“Dia ingat ini majlis konvokesyen ke? Tak sedar ke diri tu pergi mahkamah sebab kes khalwat,” tulis seorang netizen.

“Orang dulu kena tangkap basah aib. Orang sekarang kena tangkap basah dapat bunga,” tulis seorang lagi netizen.

“Kes khalwat tu bulan majlis ‘gender reveal’ (pengumuman jantina bayi dalam kandungan) nak berseronok. Paling-paling tak malu pun kurangkan kemas kini dalam media sosial. Tapi ini makin menonjol,” tulis netizen.

Tidak habis setakat itu, ada juga netizen yang mendakwa adik kepada Risteena Munim itu membeli sendiri bunga tersebut untuk dirinya.

“Acah-acah dapat bunga. Entah-entah beli sendiri untuk ‘cover’ malu. Pertama kali dalam sejarah orang kena tangkap khalwat rasa bangga,” komen netizen.

Terdahulu, pagi tadi Ruhainies dan Aliff Aziz hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan semula kes khalwat.

Mahkamah menetapkan dua hari iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat dua pelakon tersebut.

Pada 3 Julai lalu, Ruhainies dan Aliff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang berlaku pada 8 Mac lalu.

Kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang pada 20 Jun lalu.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI