fbpx

Guna pas pelancong untuk kerja di kilang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan dalam Ops Mahir di Bukit Jelutong, Shah Alam.

SHAH ALAM – Taktik enam warga China menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di kilang komponen elektrik berjaya dibongkar dalam Ops Mahir, kelmarin.

Serbuan pukul 11 pagi di kilang yang terletak di Bukit Jelutong itu turut berjaya menahan 132 lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia 20 hingga 50an.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, siasatan mendapati pas lawatan sosial bagi lima lelaki dan seorang wanita warga China tersebut masih sah digunakan mereka sebagai pelancong.

Katanya, alasan digunakan mereka semasa tangkapan adalah lawatan bekerja.

“Mereka telah menyalahgunakan pas tersebut bagi tujuan bekerja di negeri ini.

“Semasa operasi dijalankan terdapat sekumpulan PATI cuba melarikan diri termasuk bersembunyi dalam tandas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya telah memeriksa 182 individu termasuk 40 warga tempatan.


Antara PATI yang ditahan sepanjang operasi tersebut di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati 138 daripadanya adalah PATI dengan melakukan kesalahan termasuk tiada permit kerja dan tinggal lebih masa.

“PATI yang paling ramai ditahan adalah warga Bangladesh dengan 51 orang diikuti Nepal (31), Indonesia (22), Myanmar (18) dan China (6).

“Selain itu, tangkapan turut melibatkan Pakistan (5), India (4) dan seorang warga Sri Lanka,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c), 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI