fbpx

Fahmi yakin KL City ‘dipegang’ individu tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil (kiri) menerima jersi daripada Presiden KLFA, Syed Yazid (tengah) pada Majlis Malam Eksklusif Bersama Penaung, Presiden dan Exco KLFA, hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil percaya pucuk pimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang diketuai oleh Syed Yazid Syed Omar mampu membawa Kuala Lumpur City ke arah lebih baik.

Fahmi yang dilantik sebagai penaung KLFA dan KL City yakin sekiranya aspek pentadbiran dapat dilunaskan dengan baik The City Boys mampu untuk menamatkan saingan Liga Malaysia (Liga M) sekurang-kurangnya dalam kelompok lima terbaik.

“Saya ucapkan tahniah pada Syed Yazid dan barisan Exco KLFA yang baharu, saya percaya mereka dapat bawa bukan hanya KLFA tetapi juga bola sepak Kuala Lumpur ke tahap membanggakan.

“Sudah pasti akan datang cabarannya besar, kita tahu ramai yang bercakap tentang isu gaji dan beberapa perkara lain, saya serahkan kepada Syed Yazid dan pasukan untuk teliti perkara ini.

“Terharu dan sejujurnya tidak sangka akan diminta membantu sebagai penaung dan niat kita cuma satu untuk pastikan KLFA dan KL City berada di kedudukan stabil serta mampan,” katanya pada Majlis Malam Eksklusif Bersama Penaung, Presiden dan Exco KLFA, hari ini.

Sebelum ini Syed Yazid Syed Omar yang juga ahli perniagaan dipilih menjadi presiden KLFA selepas menewaskan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI