fbpx

Doktor rugi RM113,086 terperdaya kerja sambilan tak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MUAR – Niat seorang pegawai perubatan untuk menambah pendapatan tidak kesampaian apabila dia terperdaya dengan tawaran kerja sambilan tidak wujud sehingga kerugian RM113,086.40.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihak Polis Daerah Muar telah menerima laporan polis dua hari lalu daripada seorang pegawai perubatan telah ditipu oleh satu individu yang menawarkan peluang kerja sambilan tidak wujud.

“Mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 27 tahun menyatakan telah berkenalan dengan seorang individu melalui satu aplikasi dan telah ditawarkan kerja sambilan.

“Mangsa berhubung dengan individu sebelum diarahkan untuk membuat tinjauan mengenai kecekapan tenaga dan akan mendapat pulangan komisen sebanyak 20 peratus selepas selesai membuat tinjauan melalui pautan yang diberikan.

“Tertarik dengan pulangan komisen yang lumayan dan percaya dengan tawaran kerja sambilan tersebut mangsa telah mendaftar sebagai ejen di dalam sebuah laman sesawang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Raiz berkata, bagi mendapatkan pautan tinjauan yang ditawarkan, mangsa telah melakukan 14 transaksi wang simpanannya ke dalam lima akaun berbeza berjumlah RM113,086.40.

Tambahnya, melalui paparan laman sesawang yang dimuat turun, mangsa menunjukkan perolehan keuntungan sebanyak RM130,000.

Seterusnya, mangsa diminta untuk membuat bayaran tambahan oleh individu berkenaan sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan tersebut, namun mangsa enggan membuat bayaran dan berasa telah ditipu sebelum membuat laporan Selasa lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI