fbpx

Dendam kesumat, tangan tak lepas cekik ular selepas dipatuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Prakesh memegang ular yang mematuknya di wad kecemasan. - NDTV

NEW DELHI – Seorang lelaki di Bhagalpur, negeri Bihar menjadi perhatian pengguna media sosial apabila dia datang ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan bersama seekor ular yang mematuknya, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Prakash Mandal berkata, dia sempat menangkap ular berbisa itu dengan menggenggam mulutnya sebelum bergegas ke wad kecemasan di sebuah hospital. 

Rakaman yang dikeluarkan oleh NDTV memaparkan beberapa doktor dan pesakit terkejut melihat kehadiran Prakash. 

Mereka cuba menjauhkan diri daripada Prakash kerana bimbang reptilia itu terlepas dari tangannya. 

Dia kemudian dibawa ke tempat lain untuk memastikan orang ramai yang berada di wad kecemasan selamat.

Rakaman lain menunjukkan Prakash terbaring di atas pengusung sambil tangannya masih memegang ular tersebut. 

Meskipun berada dalam kesakitan, dia memastikan reptilia berbahaya itu kekal di tangan kanannya. 

Menurut doktor, pesakit itu sukar dirawat jika ular itu tidak dilepaskan. 

“Dia akhirnya melepaskan ular itu. Mangsa masih menerima rawatan di hospital,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI