fbpx

Buat hal lagi, Nonny makan sambil belanja paha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NONNY sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila memuat naik video makan dalam keadaan tidak senonoh.

PETALING JAYA – Selebriti sensasi Nonny Nadirah kembali mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik video makan sambil berdiri dalam keadaan berkemban.

Menerusi video yang dikongsikan, Nonny atau nama lengkapnya Nonny Nadirah Zainuddin, 34, dilihat berdiri di hadapan pintu yang sedikit terbuka sambil mengangkat sedikit kaki sehingga menampakkan bahagian paha.

Nonny turut membasuh semula lebihan lauk dan membasuhnya agar boleh dimakan semula.

“Ini ayam semalam tak habis saya basuh. Insya-Allah boleh makan,” katanya.

Pada masa sama, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima itu turut menulis kapsyen menyuarakan sokongan terhadap Pelestin.

“Roh saya berada kat sana sekarang, Palestin,” tulisnya.

Nonny turut mengambil pendekatan sama seperti beberapa perkongsian terdahulu iaitu menutup ruangan komen.

Muncul dalam keadaan berkemban bukan perkara asing buat pelakon drama Luka Di Hati Diya itu kerana sebelum ini dia pernah duduk mencangkung hingga hampir menampakkan alat sulitnya ketika menjual produk.

Malah dia juga pernah membotakkan kepala selain pernah mendakwa wajahnya senget sebelah akibat terkena gangguan sihir sejak tiga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI