fbpx

Dua lagi nelayan hanyut 48 jam diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syukri (dua dari kiri) dicium ibunya, Zawiyah Talib sambil diperhati Mohd. Nasir sebaik tiba di Pengkalan Hadapan Markas Maritim Zon Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Dua lagi nelayan hanyut di laut selama 48 jam ekoran bot dinaiki mereka mengalami kerosakan bateri selamat tiba di Zon Maritim Kemaman di sini petang tadi.

Mohd. Syukri Mokhtar dan bapa saudaranya, Mohd Nasir Yusoff, masing-masing berusia 46 tahun tiba dengan bot terbabit disambut ahli keluarga mereka pada pukul 4.40 petang.

Terdahulu kerosakan bateri bot yang menyebabkan mereka tersadai di tengah laut sejak Selasa lalu telah dibaiki Maritim Malaysia (APMM).

Tekong bot, Mokhtar Yusoff, 69, yang kurang sihat dan tercedera diselamatkan APMM dengan menaiki Bot Perkasa 49.

Mereka ditemui hanyut oleh nelayan tempatan pada kedudukan 46.3 kilometer berhampiran tenggara perairan Kuantan, Pahang pada pukul 1 pagi.

Penemuan tiga nelayan itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa pada 5.30 pagi sebelum Bot Perkasa 49 bergegas ke lokasi terbabit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI