fbpx

Aisyah Aziz tetap istiqamah bertudung, biar ramai ‘racun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAMA tak mendengar perkembangan terkini penyanyi Aisyah Aziz yang tampak semakin manis sejak bertudung awal tahun ini.

Kebetulan baru-baru ini adik kepada selebriti sensasi, Aliff Aziz itu diundang ke wawancara audio siar atau podcast Studio Sembang dan antara perbualan dikupas adalah mengenai hijab.

Dalam temu bual tersebut, Aisyah mengakui bukan senang istiqamah menutup aurat dengan sempurna, apatah lagi ramai yang menjadi ‘racun’ menyarankannya buka tudung.

Ini gara-gara pelantun lagu Indah Pada Waktunya masih menampakkan bahagian leher disebabkan mahu mengurangkan rasa panas.

Aisyah terkilan apabila bukan nasihat atau saranan yang baik diberikan, sebaliknya hanya lontaran kata-kata sindiran dan ejekan.

Janganlah terus sembur orang sesuka hati. Lebih baik tegur elok-elok, mana tahu terbuka hati individu itu dengar nasihat yang menyejukkan hati.

MIZZ LAHAR: Nampak ‘bersemut’, ada pasangan selebriti nyaris bercerai.




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI