PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan terdapat individu cuba menyamar dan memperdayakan orang ramai menggunakan nama dan gambar beliau.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini, Ismail Sabri berkata, akaun palsu tersebut menggunakan ejaan nama seakan-akan sama iaitu Isamail Sabri Yaakob, mencuri gambar-gambar di Facebook Page Officialnya.
“Terdapat satu akaun palsu dicipta oleh individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan ejaan nama seakan-akan sama iaitu Isamail Sabri Yaakob, mencuri gambar-gambar di Facebook Page Official saya iaitu Ismail Sabri Yaakob dengan niat untuk menyamar dan memperdayakan orang ramai.
“Saya nasihatkan agar semua pengguna laman media sosial berhati-hati dengan ‘scammer’,”tulisnya pada hantaran tersebut.
Beliau berkata, Facebook palsu tersebut adalah https://www.facebook.com/profile.php?id=61565846624711&mibextid=LQQJ4d.
“Saya percaya Facebook palsu ini dicipta untuk tujuan-tujuan ‘scam’,”katanya.
Pada masa sama, Ismail Sabri memaklumkan bahawa beliau telah membuat laporan kepada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk menutup akaun tersebut.
Menurutnya, langlah tersebut diambil agar ia tidak lagi digunakan untuk memperdaya dan membahayakan orang ramai dengan menyamar sebagai mantan Perdana Menteri Malaysia.-KOSMO! ONLINE