fbpx

27 sindiket tumpas, rampas dadah RM103 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan dadah yang akan dilupuskan pihaknya. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

SHAH ALAM – Polis Selangor berjaya menumpaskan 27 sindiket pengedaran dadah membabitkan nilai rampasan berjumlah RM103.5 juta sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Statistik merekodkan sebanyak 18,878 individu melibatkan pengedar dan penagih dadah diberkas dalam tempoh tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan itu membawa kepada rampasan dadah seberat lebih 30 kilogram (kg), ganja (450.46 kg), syabu (1,541 kg), cecair syabu (23,765 liter), kokain (8.4 kg), ketamin (95.5 kg) dan 225,259 biji pil ekstasi.

“Seramai 636 pengedar dadah disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala 118 lagi diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya pada sidang akhbar majlis Pelupusan Barang Kes Dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Menurut Hussein, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor turut menyita aset sindiket meliputi wang tunai, kenderaan, hartanah dan bangunan rumah bernilai RM14.52 juta.

Siasatan mendapati kesemua sindiket yang ditumpaskan adalah rakyat tempatan. Statistik turut menunjukkan seramai 668 individu yang ditahan merupakan pesalah berulang.

Polis turut melupuskan dadah seberat 1,993 kg dan 267,711 liter yang bernilai RM131.71 juta melibatkan 5,894 kertas siasatan kes bermula tahun 2009 hingga 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI