fbpx

100 penduduk terjejas rumah dilanda banjir akibat air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memantau rumah di Kampung Besar di Bandar Baharu yang dinaiki air akibat air pasang besar, awal pagi ini. - Foto APM Kedah

BANDAR BAHARU – Kira-kira 100 orang terjejas selepas 25 buah rumah di Kampung Besar dalam mukim Bagan Samak, di sini dilanda banjir akibat air pasang besar, awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 4.35 pagi itu berlaku akibat limpahan sungai utama iaitu Sungai Kerian yang berpunca daripada fenomena tersebut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata,
sembilan anggota bergegas ke lokasi bagi membantu mangsa serta menjalankan pemantauan.

Katanya, paras air semakin menurun, namun langkah berjaga-jaga tetap dilakukan di kawasan berkenaan.

“Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI