fbpx

Tiga nelayan dikhuatiri hilang di perairan Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM mengadakan rondaan bagi mengesan tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di perairan Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Tiga nelayan tradisional dikhuatiri hilang selepas tidak pulang dari menangkap ikan dengan menggunakan sebuah bot nelayan tempatan jenis A sejak petang Ahad lalu.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Ariffin Ghazali berkata, operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) telah diaktifkan sebaik menerima laporan kehilangan tersebut pada pukul 2.15 petang.

“Kesemua nelayan itu gagal dihubungi oleh keluarga mangsa dan difahamkan mereka biasanya hanya di laut selama dua hari. Op Carilamat telah diaktifkan dengan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) dibuka di pekarangan pejabat Zon Maritim Kemaman,” katanya di sini hari ini.

Ariffin berkata, sektor rondaan awal ditumpukan sehingga 55.56 kilometer dalam radius perairan Kemaman, namun pihaknya berhadapan kesukaran untuk mengesan bot nelayan terbabit ekoran ketiadaan petunjuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI