fbpx

Taman Melawati antara 114 ‘hot spot’ tanah runtuh di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin bercakap kepada pemberita selepas selesai melawat 23 penduduk di PPS hari ini.

AMPANG JAYA – Lokasi tanah runtuh di lereng bukit Jalan E6, Taman Melawati di sini merupakan antara 114 kawasan ‘hot spot’ yang berisiko tinggi di Ampang Jaya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keseluruhan lokasi berisiko di daerah itu adalah melebihi 600 kawasan setakat ini.

“Kawasan yang boleh ditandakan sebagai zon kuning, jingga dan merah itu (paling berisiko) adalah sebanyak 600 lebih yang berisiko (jingga) pula melebihi 400 kawasan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 114 kawasan yang berisiko tinggi termasuk kawasan tanah runtuh Taman Melawati ini,” katanya ketika sidang akhbar di sekitar lokasi kejadian hari ini.

Jelasnya, kawasan tanah runtuh Taman Melawati antara lokasi berisiko yang disenaraikan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

“Kita lihat strukturnya (tanah runtuh), tanah-tanah tersebut berada di atas batu kalau kita nampak tadi yang putih itu batu-batu kapur.

“Ini memang dalam rangkaian batu kapur yang panjang, dari Hulu Klang (Ampang Jaya) sampai ke Batu Caves (Gombak).

“Apabila berlakunya pergerakan air selama beberapa bulan di situ maknanya gelongsoran akan mudah berlaku. Kita telah maklum dulu, tapi takkanlah kita hendak keluarkan semua rumah di sini,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan hujan lebat sejak awal pagi mengakibatkan berlakunya kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, Hulu Kelang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI