fbpx

Syarikat telekomunikasi diarah tempatkan set janakuasa di lokasi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nie Ching ketika ditemui pemberita di Bestari Jaya, Kuala Selangor hari ini. - FOTO oleh M. FIRDAUS M. JOHARI

KUALA SELANGOR- Syarikat telekomunikasi diarahkan untuk menyediakan set janakuasa diesel mudah alih di kawasan yang sedang dilanda banjir bagi memastikan tidak berlaku sebarang gangguan liputan telekomunikasi di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, set janakuasa diesel itu mampu bertahan antara empat hingga lima jam sahaja, namun sedikit sebanyak dapat mengelakkan gangguan talian komunikasi.

“Selepas itu, syarikat telekomunikasi akan lakukan usaha lain sekiranya tenaga elektrik daripada set janakuasa itu telah habis,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi dan menyampaikan bantuan Tabung Kasih@Hawana kepada seorang bekas wartawan akhbar Tamil, K. Loganathan di Bestari Jaya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Nie Ching memohon orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu mengenai banjir ketika ini yang berlaku akibat Monsun Timur Laut (MTL) bagi mengelak kekeliruan dan ketakutan kepada orang ramai

Terdahulu, beliau memaklumkan seramai 158 pengamal media di negara ini telah mendapat bantuan melalui Tabung Kasih@Hawana, pada tahun ini melibatkan wartawan, jurukamera dan jurugambar daripada pelbagai agensi berita.

“Pada tahun ini, sebanyak RM1 juta diperuntukkan kerajaan untuk Tabung Kasih@Hawana. Kita menyasarkan untuk bantu 200 orang pengamal media pada tahun ini. Jadi, kita akan bantu 42 orang lagi di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI