fbpx

Syarikat pengendali umrah, pengarah didenda RM18,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah syarikat pengendali umrah dan pengarahnya dijatuhkan hukuman denda keseluruhan RM18,000 di Mahkamah Majistret Seremban.

SEREMBAN – Sebuah syarikat pengendali umrah dan pengarahnya dijatuhkan hukuman denda keseluruhan RM18,000 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas enam pertuduhan gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kepada tiga individu berjumlah RM67,390, Julai tahun lalu.

Terdahulu, Mohd. Firdaus Ahmad, 38, membuat pengakuan bersalah pada 14 Oktober lalu dan bagi tujuan fakta kes serta hukuman pula hari ini di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah.

Nurul Azuin turut menetapkan hukuman sebulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan berkenaan.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, orang kena Saman (OKS) didapati telah gagal selepas 14 hari dari tarikh award diserahkan untuk mematuhi award TTPM bertarikh 27 Jun 2023 yang dibuat di Pejabat TTPM Negeri Sembilan yang memerintahkannya supaya membayar masing-masing RM 25,470 kepada Siti Aisyah Zakaria, 32, RM 14,040 kepada Norma Said, 58, dan RM 27,880 kepada Azlina Umar, 52, yang menuntut tuntutan berkenaan.

Selain itu OKS yang merupakan Pengarah Persada Oasis Travel & Tours Sdn Bhd turut didakwa melakukan kesalahan sama.

Perbuatan itu dilakukan di syarikat itu di premis beralamat di Taman Ostia Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor, pada 26 Julai 2023.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Janawatul Fieza Hamisan dan Sallim Wahid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI