fbpx

Setia bantu isteri lari daripada tahanan AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setia (kiri) dan isterinya, Azlina (kanan)

HULU TERENGGANU – Polis memburu seorang wanita yang juga tahanan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas melarikan diri sewaktu dalam perjalanan dihantar ke Pusat Pemulihan Bachok, Kelantan kelmarin.

Turut diburu suami wanita itu yang disyaki membantu suspek melarikan diri sewaktu kenderaan AADK berada di Kampung Kuala Jeneris di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri itu melarikan diri dengan menggunakan kereta Honda Beat berwarna hitam dan kuning.

“Tahanan AADK yang melarikan diri itu dikenal pasti sebagai Azlina Abdullah, 45, manakala suaminya yang membantu pula dikenali sebagai Setia Abdullah, 56.

“Laporan berhubung kes ini dibuat kepada polis pada pukul 2.24 petang semalam,” katanya di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, gerakan memburu kedua-dua suspek digiatkan dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan Seksyen 224 akta sama.

“Orang ramai yang terserempak atau mempunyai maklumat membawa kepada penangkapan suspek boleh menyalurkan maklumat di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di talian 09- 6812222.

Pegawai penyiasat, Inspektor Aiman Baihaqi Che Shaffie juga boleh dihubungi di talian 019-9377864. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI