fbpx

Sejam tahan sakit tersepit dalam lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu lori tersepit selepas terlibat kemalangan di KM 42.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seorang pemandu lori terpaksa menahan kesakitan selama hampir sejam setelah tersepit akibat kemalangan di Kilometer 42.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.25 pagi melibatkan sebuah lori yang dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan.

“Pemandu lori yang berusia 39 tahun didapati tersepit di tempat duduknya manakala kelindannya pula yang berusia lingkungan 30-an hanya mengalami kecederaan ringan.

“Anggota berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat dengan operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 7.32 pagi,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk menerima rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI