fbpx

Remaja swafoto tepi tebing hilang ‘ditelan’ ombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan mangsa mengambil gambar di tepi tebing sebelum ‘ditelan’ laut. - Tribunnews

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi seorang remaja lelaki ‘ditelan’ ombak ketika merakam gambar di tebing batu sebuah pantai di Tulungagung, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Pantai Kedung Tumpang pada 13 Oktober lalu. 

Ketua Polis Pucanglaban, Inspektor Bambang Kurniawan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Roni Josua, 20, berkunjung ke pantai itu bersama 16 rakannya. 

“Mangsa sempat merakam beberapa gambar di tepi tebing berlatarbelakangkan pantai sebelum ditelan oleh ombak.

“Dia kemudian terkapai-kapai di tengah laut sebelum hilang. 

“Rakan-rakannya tidak berani untuk membantu mangsa kerana ombak terlalu besar semasa kejadian,” kata Bambang. 

Rakaman di platform TikTok oleh akaun @tiangsinaga0411, menunjukkan Roni yang berada di tepi tebing dihanyutkan ombak kuat sebelum hilang. 

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Pos SAR Trenggalek, Nanang Pujo berkata, sebanyak tiga unit dikerahkan untuk mencari dan menyelamat mangsa. 

“Dua pasukan memantau dari darat, manakala satu lagi dikerahkan ke laut menggunakan bot,” tambah Nanang Pujo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI