fbpx

Program HTVET di UniKL MIIT semakin menjadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizam

PETALING JAYA – Seramai 920 pelajar baharu telah mendaftar di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT) bagi sesi akademik Oktober 2024 baru-baru ini.

Dekan UniKL MIIT, Prof Madya Ts Dr Mohd Nizam Husen berkata, program Higher Technical Vocational Education and Training (HTVET) yang ditawarkan dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia semakin mendapat tempat di hati pelajar.

Beliau berkata, peningkatan minat pelajar terhadap program HTVET adalah hasil daripada kesedaran tentang kepentingan kemahiran teknikal dan vokasional dalam memenuhi keperluan industri semasa.

“Dengan perkembangan pesat teknologi, kami percaya bahawa program HTVET di UniKL MIIT menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan.

“Kami menyediakan fasiliti moden dan peluang pembelajaran yang bersepadu untuk memastikan pelajar kami bersedia untuk menjadi pemimpin dalam bidang teknologi maklumat,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Selain itu katanya, program HTVET di UniKL MIIT menawarkan pelbagai kursus termasuklah pengaturcaraan, keselamatan siber dan pembangunan aplikasi yang disusun mengikut keperluan industri.

“Kami berharap agar lebih ramai pelajar memilih untuk menyertai program ini dan menjadi sebahagian daripada komuniti UniKL MIIT,” tambahnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI