fbpx

PMDK giat cungkil bakat atlet muay thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Persatuan Muay Thai Daerah Kuantan (PMDK), Ahmad Adzwan Abdullah (tengah) memegang tali pinggang Kejohanan Fight 3.0 di Kuantan. Foto oleh Sheikh Ahmad Razif/KOSMO!

KUANTAN – Persatuan Muay Thai Daerah Kuantan (PMDK) akan menganjurkan Kejohanan PMDK Fight 3.0 bagi mencungkil bakat baru dalam kalangan belia yang berpeluang mengembangkan bakat mereka ke peringkat antarabangsa.

Kejohanan yang dianjurkan itu akan diadakan di dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail, Kuantan pada 19 Oktober 2024.

Pengerusi PMDK, Ahmad Adzwan Abdullah berkata, kejohanan itu sebagai inisiatif persatuan untuk mencari bakat muda sukan seni pertahankan diri itu.

“Kejohanan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk mencari bakat muda dalam sukan muay thai di daerah ini.

“Selain itu, kami juga harap dapat memastikan bakat-bakat ini diberi peluang menyertai program latihan yang komprehensif, dengan harapan mereka dapat menjadi wakil daerah dan negara pada masa depan,” kata Ahmad Adzwan.

Ahmad Adzwan berkata, peserta terpilih mengikuti Program ‘School Muaythai’ akan diberi pendedahan dan latihan secara profesional kepada peserta muda merangkumi aspek fizikal, mental, serta strategi bertarung di gelanggang sebenar.

Menurutnya, latihan itu seperti yang dipraktikkan dalam modul yg disusun oleh Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Persatuan MuayThai Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI