fbpx

Platform e-dagang penyumbang tertinggi jenayah dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kes jenayah dalam talian meningkat 35.5 peratus pada 2023 dengan 34,532 kes berbanding 25,479 kes pada tahun sebelumnya di mana e-dagang dilaporkan menjadi penyumbang tertinggi iaitu 33.2 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah kes dalam talian itu diikuti jenayah telekomunikasi (30 peratus), pelaburan tidak wujud (15.6 peratus), pinjaman tidak wujud (12.3 peratus), e-kewangan (6.1 peratus) dan love scam (2.7 peratus).

“Melihat kepada jenayah love scam pada 2023, mangsa melibatkan perempuan lebih tinggi iaitu 78.2 peratus berbanding lelaki iaitu 21.8 peratus.

“Mangsa yang berumur 41 hingga 50 tahun merekodkan peratusan tertinggi mengikut kumpulan umur iaitu 24.3 peratus, bahkan
jenayah love scam turut berlaku kepada warga emas berumur 61 tahun dan ke atas iaitu sebanyak 15.8 peratus” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan Statistik Jenayah, Malaysia, 2024 merangkumi sembilan statistik jenayah terpilih.

Terdapat enam kategori di bawah jenayah dalam talian iaitu jenayah telekomunikasi, e-kewangan, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud.

Dalam pada itu, bilangan jenayah komersial yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia merekodkan peningkatan sebanyak 32.1 peratus pada 2023 iaitu 40,350 kes berbanding 30,536 kes pada 2022.

“Kesemua jenis kesalahan menunjukkan peningkatan kecuali lain-lain kes yang mencatatkan penurunan sebanyak 7.9 peratus pada 2023.

“Kesalahan tipu adalah kes tertinggi direkodkan pada 2023 iaitu sebanyak 36,936 kes dan diikuti oleh kesalahan pecah amanah jenayah (1,217 kes) dan kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (994 kes),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI