fbpx

Penagih dadah, kes rasuah meningkat dalam setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Bilangan penagih dadah yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada 2023 meningkat sebanyak 2.8 peratus kepada 24,186 orang berbanding 23,517 individu pada tahun 2022.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, komposisi penagih dadah mengikut jantina mengekalkan peratusan sama iaitu 95.7 peratus bagi lelaki dan selebihnya adalah perempuan.

“Kes rasuah pula, bilangan kertas siasatan yang dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meningkat sebanyak 25.1 peratus pada 2023 kepada 1,026 kes berbanding 820 kes pada tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bilangan kertas siasatan bagi semua jenis kesalahan meningkat pada tahun sama kecuali kesalahan memberi rasuah yang menurun 25.3 peratus kepada 59 kes daripada 79 kes pada 2022.

“Bilangan tangkapan yang dibuat SPRM pada 2023 juga meningkat 25.1 peratus kepada 1,137 tangkapan berbanding 909 orang pada 2022,” ujarnya.

Bilangan kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut meningkat 26.5 peratus pada 2023 kepada 1,567 berbanding 1,239 kes pada 2022.

Kesalahan pornografi kanak-kanak merekodkan peningkatan tertinggi pada 2023 iaitu 139.3 peratus, diikuti kesalahan pengantunan kanak-kanak (100 peratus) dan amang seksual secara bukan fizikal (97.8 peratus). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI