fbpx

Pelajar tahfiz maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Muhammad Fahim

BESUT – Seorang pelajar tahfiz maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah madrasah di Kampung Gong Penaga, Jabi di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, mangsa, Muhammad Fahim Rasyidi Shariful Hadi, 18, yang berasal dari Klang, Selangor disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Unit Kecemasan, Hospital Besut di sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, remaja lelaki itu dikatakan terkena renjatan elektrik selepas memegang lampu mentol.

“Kejadian berlaku sewaktu hujan lebat. Mangsa dikatakan memegang lampu mentol sewaktu mahu membasuh tangan di singki maahad tahfiz berkenaan.

“Renjatan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Besut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Abdul Rozak berkata, kes kematian Muhammad Fahim Rasyidi diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI