fbpx

Pekerja kebersihan maut tergelincir dari lori sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhammad Shahrul Aiman yang maut akibat tergelincir dari lori sampah di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Kampung Jabi, Besut hari ini.

BESUT – Seorang pekerja kebersihan maut dirempuh sebuah kereta Proton Saga setelah dia yang sedang berdiri di belakang lori sampah tergelintir lalu terjatuh di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Jabi di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa, Muhammad Sahrul Aiman Anuar, 20, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Sahrul Aiman yang bekerja sebagai pekerja kebersihan sedang berdiri di bahagian belakang lori sampah terbabit.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu tergelincir sebelum terjatuh ke atas kereta Proton Saga yang berada di belakang lori sampah itu.

“Kereta Proton Saga dipandu oleh seorang guru taska yang dalam perjalanan ke Pasar Jabi di sini gagal mengelakkanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Muhammad Sahrul Aiman telah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI