fbpx

KPM tubuh jawatankuasa khas tangani isu ketidakhadiran SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Satu Jawatankuasa Khas Tindakan Gempur Kehadiran Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025 akan ditubuhkan bagi mengurangkan jumlah ketidakhadiran calon menduduki peperiksaan terbabit.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, langkah tersebut adalah sebahagian tindakan terkini KPM dalam merancang pelan intervensi dengan melaksanakan pemerkasaan terhadap program-program sedia ada.

Beliau berkata, KPM turut mendayagunakan pentaksiran psikometrik bagi mengumpul maklumat gambaran tret psikologi dari segi aspek minda atau jiwa untuk membantu murid mengenali personaliti kendiri dan membuat keputusan berdasarkan kebolehan sendiri.

“Selain itu, KPM juga akan melaksanakan Program Persediaan Menghadapi Peperiksaan SPM melalui inisiatif Program Minda Sihat Sekolah serta aktiviti berfokus seperti Ziarah Cakna, sesi konsultasi bu bapa, permuafakatan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) dan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS).

“Kerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) turut dilakukan melalui Unit Pantau Madani dan Yayasan Hasanah dalam pelaksanaan Program Anak Kita: Semarak Potensi Malaysia.

“Kerjasama ini juga melibatkan Program Pecutan SPM 2024. Pelaksanaan program ini dijalankan secara berfokus dan melibatkan 16 buah negeri,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Hassan Saad (PN-Baling) mengenai usaha KPM dalam mengenal pasti punca pelajar tidak hadir SPM dan usaha bagi memastikan golongan itu tidak terus tercicir daripada sistem pendidikan.

Tambah beliau, langkah intervensi lain dilaksanakan KPM termasuklah melestarikan Sistem Pengesanan Lepasan SPM melalui Sistem e-Profil Kerjaya Murid yang digunakan untuk mengumpul data hala tuju murid selepas SPM

Katannya, data itu akan membantu pihak sekolah merancang program yang sesuai dalam meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan belajar, mengembangkan potensi, kecenderungan, sikap, minat dan hala tuju kerjaya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI