fbpx

Kenaikan harga barang  antara sebab Syarul Ezani belum kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Gara-gara faktor ekonomi zaman sekarang yang kian menyesakkan, pelakon Syarul Ezani menjelaskan perkara itu menjadi antara punca dirinya masih belum mendirikan rumah tangga.

Ezani atau nama lengkapnya Syarul Ezani Mohamed Ezzudeen, 35, juga lebih selesa menyimpan kemas hal peribadi terutama soal hati daripada khalayak.

“Saya tak pernah berkahwin dan melalui perkara sama seperti orang lain dalam generasi saya yang perlu berdepan kepayahan hidup.

“Kami ada komitmen yang perlu difikirkan, kena berdepan kenaikan harga barang serta bekerja untuk meneruskan hidup, jadi saya ikut falsafah di mana saya pilih tidak menceritakan hal peribadi saya.

“Saya juga sejenis orang yang ‘follow the flow’. Itu adalah saya, di mana saya sangat menjaga privasi selain tidak terbuka untuk berkongsi mengenai itu,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon drama KAMI The Series itu tidak menolak sekiranya suatu hari nanti akan terbuka untuk berkongsi hal peribadi.

“Bagi saya, itu adalah pilihan diri masing-masing. Sebagai seorang selebriti, tingkah laku kita diperhatikan orang jadi kita perlu menjadi contoh yang baik kepada orang ramai.

“Tetapi kalau zaman sekarang ini ramai yang memilih untuk berbuat demikian, jadi apa salahnya kalau saya memilih untuk ‘be more private’ (jadi lebih privasi).

“Manusia sifatnya berubah. Mungkin satu hari nanti saya akan terbuka untuk berkongsi mengenai kisah peribadi saya cuma bukan sekarang,” ujarnya lagi.

Ditanya punca Syarul memilih untuk berahsia soal peribadi, dia bimbang akan terkena penyakit ain.

“Pada saya, setiap orang ada kehidupan peribadi, aib dan sebagainya. Kadang-kadang kita tak tahu ada orang dengki dengan kita.

“Bila kita bercerita mungkin ada orang suka dan mungkin ada orang tak suka. Dari situ akan mula datangnya penyakit ain dan sebagainya,” jelasnya.

Syarul membuat kemunculan semula selepas hampir 15 tahun berehat dari dunia hiburan apabila mula membintangi beberapa drama terbitan TV3.

Antaranya termasuk drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Hatiku Tercarik Luka, Hello Jodoh dan Mentua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI