fbpx

Kementerian tidak sembarangan kendali kes kanak-kanak GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy ketika ditemui media selepas Program Kolaborasi Strategik Bersama Kerajaan Negeri: Reformasi Penyaluran Bantuan Am Negeri di Dewan Perdana Nur, KPWKM, Putrajaya hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menegaskan bahawa pihaknya tidak sembarangan dalam mengendalikan kes membabitkan kanak-kanak GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang diselamatkan seperti dakwaan sesetengah pihak.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengendalikan kesemua kanak-kanak yang terlibat itu berdasarkan prosedur ditetapkan serta mematuhi peruntukan undang-undang.

“Saya jawab (tapi) dia tiada dalam dewan. Kebanyakan mereka ini mendengar daripada sosial media (sahaja). JKM ini kita ikut ke mana polis bawa, tapi tumpuan kita adalah kanak-kanak sebab itu di bawah kumpulan sasar. Kita hanya bersiap sedia jika melibatkan kanak-kanak.

“Kalau orang luar nak mengatakan kita hanya pergi sesuka hati, polis memang sudah bersedia dari awal, telah menjalankan siasatan dari awal, mereka lebih mengetahui,” katanya kepada pemberita selepas Program Kolaborasi Strategik bersama Kerajaan Negeri: Reformasi Penyaluran Bantuan Am Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mendakwa bahawa tindak tanduk yang dilakukan pengurusan dalam kes GISBH melibatkan kanak-kanak agak bercelaru dan seolah-olah tangkap muat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI