fbpx

JPJ Kelantan lelong 12 buah kenderaan klon bernilai RM119,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Misuari (dua dari kanan) memeriksa MPV mini jenis Toyota BB yang merupakan salah sebuah kenderaan klon yang dilelong di Pejabat JPJ Kelantan di Panji, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melelong sebanyak 12 buah kenderaan klon dengan kutipan sebanyak RM119,000 menerusi Lelongan Awam Kenderaan Sita di Pejabat JPJ Kelantan, Panji di sini hari ini.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, lelongan 12 kenderaan klon itu termasuk daripada 38 buah kenderaan yang dilelong jabatan tersebut kepada pembida.

Menurutnya, kenderaan klon itu terdiri daripada kereta jenis Toyota Vios, Honda Jazz, Mercedes Benz dan kenderaan pelbagai guna (MPV) mini jenis Toyota BB.

“Sebahagian kenderaan klon itu boleh dilesenkan manakala ada yang tidak boleh dilesenkan sekali gus tidak boleh digunakan di atas jalan raya.

“Kita memperoleh hasil keseluruhan sebanyak RM151,100 menerusi Lelongan Awam Kenderaan Sita untuk 38 daripada 42 buah kenderaan yang disita,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JPJ Kelantan, Panji, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Misuari memberitahu, harga lelongan kenderaan paling rendah adalah RM50 melibatkan sebuah motosikal Modenas manakala bagi kenderaan pula ialah kereta klon jenis Toyota BB pada harga RM35,500.

Menurutnya, seramai 58 pembida menyertai lelongan awam melibatkan kenderaan yang disita dalam tempoh setahun.

Dalam perkembangan sama, Mohd.Misuari berkata, pelupusan kenderaan telah dibuat sebanyak dua kali sejak 2022 yang melibatkan 66 buah kenderaan dengan memperoleh hasil kutipan RM226,584. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI