fbpx

Individu bujang Korea Selatan makin berminat untuk berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sepasang pengantin di Seoul. - Foto AFP

SEOUL – Satu tinjauan mendapati, lebih 65 peratus rakyat Korea Selatan yang bujang mengakui bahawa mereka mahu berkahwin, meningkat berbanding 61 peratus pada enam bulan lalu, lapor akhbar The Korea Times semalam.

Tinjauan itu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Presiden mengenai Masyarakat Penuaan dan Dasar Penduduk kelmarin.

Menurut dapatan tinjauan itu, sebanyak 65.4 peratus responden yang belum berkahwin dan berumur antara 25 hingga 49 tahun berkata, mereka sama ada mempunyai rancangan khusus untuk berkahwin atau mahu berumah tangga pada masa hadapan.

Paling ketara, sebanyak 60 peratus wanita berusia 30-an bersetuju dengan kenyataan tersebut berbanding hanya 48.4 peratus dalam penyelidikan terdahulu.

Lebih 68 peratus daripada semua responden berkata, mereka memerlukan kanak-kanak dan ia meningkat daripada 61.1 peratus berbanding tinjauan sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI