fbpx

Hujan lebat landa Perak, Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir ekoran jangkaan cuaca buruk di empat negeri sekitar Semenanjung ketika ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di kawasan terbabit dirama berlanjutan sehingga pukul 11 pagi hari ini.

Katanya, antara kawasan terlibat di Perak adalah Kerian dan Larut, Matang Dan Selama.

“Bagi negeri Selangor, amaran diberikan di daerah Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang, manakala bagi Negeri Sembilan pula, melibatkan daerah Port Dickson sahaja.

“Keadaan sama juga dilaporkan melanda Melaka seperti Alor Gajah dan Melaka Tengah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI