fbpx

Harimau Malaya ketandusan bakat hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya masih banyak kerja perlu dilakukan untuk bersaing sengit dengan negara ranking lebih tinggi. - FAM

SUKA atau tidak, kekalahan 0-4 kepada New Zealand pada aksi persahabatan di Auckland kelmarin menyerlahkan Harimau Malaya belum mempunyai asas kukuh untuk mencabar pasukan di ranking lebih tinggi.

Daripada 12 perlawanan kelas A dihadapi pasukan negara sepanjang 2024, Harimau Malaya, No. 132 dunia, hanya menang sekali ke atas lawan di ranking lebih atas iaitu menewaskan Lebanon 1-0 di final Pestabola Merdeka bulan lalu.

Secara keseluruhan, daripada sembilan menentang lawan ranking lebih baik, Harimau Malaya mencatat satu kemenangan, lima kekalahan dan tiga seri termasuk mengikat Korea Selatan 3-3 sewaktu kempen Piala Asia.

Statistik itu memberikan sebab kukuh buat peminat untuk bersikap realistik supaya tidak terlalu dimomokkan dengan ‘mimpi indah’ mengikat Taegeuk Warriors yang memiliki reputasi sebagai gergasi Asia.

Mengulas mengenai kekalahan besar kelmarin, pengendali negara, Pau Marti Vicente sendiri menzahirkan Harimau Malaya memperoleh pengajaran berguna daripada kunjungan ke New Zealand.

“Ideanya kami datang ke sini untuk berlatih, dapatkan satu perlawanan sebelum berdepan New Zealand dan saya tidak boleh merungut apa-apa. Adakalanya kami berdepan kesukaran ketika berdepan lawan seperti ini.

“Sejak saya berada di sini, New Zealand adalah salah satu pasukan terkuat yang kami hadapi. Sudah pasti ini akan menjadi pembelajaran yang bagus dan pengalaman berguna buat pemain.

“Tetapi bagi kami, ini adalah cabarannya dan kami akan belajar sesuatu daripada perlawanan ini,” katanya.

Bagaimanapun, perkara positif adalah Harimau Malaya sudah berada di kelas berbeza apabila menang tiga aksi menentang lawan ranking lebih rendah sepanjang 2024 dengan menewaskan Nepal 5-1, Taiwan 3-1 dan Filipina 2-1.

Bagaimanapun, satu lagi persoalan berbangkit pastinya menjurus kemampuan pemain semasa ketiadaan tonggak kelas A seperti Dion Cools yang tidak bersama pasukan ke Auckland kerana urusan keluarga.

Gerak kerja untuk membina skuad lebih kukuh harus bermula dari sekarang kerana Harimau Malaya akan menghadapi tugasan lebih penting di kelayakan Piala Asia 2027 dijadualkan Mac tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI