fbpx

Harga siling beras tempatan perlu disemak semula – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan harga siling beras tempatan perlu disemak semula dengan mengambil kira kos pengeluaran semasa serta pergerakan harga beras putih dunia,

Ini kerana kata Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu harga maksimum beras putih tempatan (BPT) ketika ini pada kadar RM2.60 sekilogram dan tidak berubah sejak tahun 2008.

Langkah tersebut katanya, bagi memastikan rakyat mendapat harga berpatutan susulan peningkatan mendadak harga makanan itu di pasaran global.

“Selepas 16 tahun, harga maksimum beras berkenaan belum lagi disemak walhal harga jualan BPT adalah berkait langsung dengan harga belian padi.

“Sejak 2008, harga lantai belian padi dinaikkan daripada RM750 per tan kepada RM1,200 per tan pada 2014 dan terkini pada kadar RM1,300 setiap tan manakala harga BPT masih kekal tidak berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) di Parlimen hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI