fbpx

GISBH: Ada pihak ‘intai’ kanak-kanak di rumah perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy memaklumkan ada pihak cuba ‘mengintai’ rumah perlindungan dipercayai untuk mengetahui keberadaan kanak-kanak GISBH yang diselamatkan.

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan ada pihak yang cuba ‘mengintai’ rumah perlindungan dipercayai untuk mengetahui keberadaan kanak-kanak GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang diselamatkan.

Tanpa memperincikan dengan lebih lanjut, beliau menegaskan bahawa kesemua kanak-kanak terbabit adalah selamat di bawah jagaan rumah perlindungan berkenaan di mana ada kawalan keselamatan tinggi.

“Setakat ini belum lagi dibenarkan (untuk bertemu ibu bapa) kerana apabila kita buka ‘flood gate’, akan jadi ramai, yang bukan ibu bapa pun akan datang.

“Sebab kita dapat memerhati ada di tempat-tempat (rumah perlindungan), ada orang yang mengintai di luar, kita tidak tahu sama ada ini ibu atau bapa.

“Oleh sebab itu (dipanggil) rumah perlindungan, perkara pertama kita buat adalah memastikan tempat itu selamat. Kita pun tak tahu siapa yang mengintai,” katanya kepada pemberita selepas Program Kolaborasi Strategik bersama Kerajaan Negeri: Reformasi Penyaluran Bantuan Am Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung status keselamatan kanak-kanak GISBH yang diselamatkan menerusi Op Global.

Berdasarkan sesi Penerangan Menteri mengenai isu GISBH di Dewan Rakyat semalam, seramai 560 kanak-kanak melibatkan 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan setelah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI